Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018/ 2019 Online | Adakah anda pelajar lepasan SPM/ STPM yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Diploma atau Asasi atau Ijazah Sarjana Muda? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera mempelawa pelajar tahun pertama dalam peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (degree) bagi tahun 2018 untuk membuat Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Potensi. Permohonan ini hanya terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di IPTS sahaja dimana tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Februari 2018.
Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi ini meliputi yuran akademik, yuran tempat tinggal, elaun buku, dan elaun sara hidup.
Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :
Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Kewangan, Akaun, Ekonomi, Pemasaran dan Teknologi.
1. Untuk membuat Permohonan Peneraju Tunas Potensi 2018 boleh dibuat secara online menerusi http://mohon-yayasanpeneraju.com.my/.
2. Pemohon perlu sertakan Surat Testimoni Sekolah merupakan sijil / surat akaun ringkasan mengenai pelajar, aktiviti kokurikulum dan ulasan oleh pengetua/cikgu mengenai pelajar. Dokumen ini wajib (jika ada) - jika sekolah ada dan telah mengeluarkan dokumen tersebut sahaja.
3. Letter of Recommendation merupakan surat sokongan dari pihak sekolah yang menjelaskan kenapa pihak sekolah menyokong permohonan pelajar untuk diberi peluang mendapat tawaran pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi. Surat boleh ditulis di dalam Bahasa Melayu / Inggeris. WAJIB bagi pemohon kursus persediaan ke luar negara sahaja.
Nota :
● Bagi calon yang terpilih akan dipanggil pemilihan dan sesi temuduga menerusi emel anda.
● Bagi calon yang berjaya mendapat pembiayaan pendidikan Tunas Potensi akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan emel secara berperingkat
bermula bulan April sehingga Julai.
● Calon yang tidak menerima sebarang makluman selepas 6 bulan tarikh
temuduga adalah dianggap tidak berjaya dalan program ini. Pihak Yayasan Peneraju berhak menukarkan pelajar untuk ke program lain yang bersesuaian selepas tempoh tersebut.
Untuk sebarang keterangan lanjut pemohon boleh hubungi di talian 03- 27279002/ 9016 atau email kepada ptp@yayasanpeneraju.com.my.
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju bagi program Peneraju Tunas Potensi 2018/ 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018/ 2019 Online
Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :
Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Kewangan, Akaun, Ekonomi, Pemasaran dan Teknologi.
Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018/ 2019 Online
1. Untuk membuat Permohonan Peneraju Tunas Potensi 2018 boleh dibuat secara online menerusi http://mohon-yayasanpeneraju.com.my/.
2. Pemohon perlu sertakan Surat Testimoni Sekolah merupakan sijil / surat akaun ringkasan mengenai pelajar, aktiviti kokurikulum dan ulasan oleh pengetua/cikgu mengenai pelajar. Dokumen ini wajib (jika ada) - jika sekolah ada dan telah mengeluarkan dokumen tersebut sahaja.
3. Letter of Recommendation merupakan surat sokongan dari pihak sekolah yang menjelaskan kenapa pihak sekolah menyokong permohonan pelajar untuk diberi peluang mendapat tawaran pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi. Surat boleh ditulis di dalam Bahasa Melayu / Inggeris. WAJIB bagi pemohon kursus persediaan ke luar negara sahaja.
Nota :
● Bagi calon yang terpilih akan dipanggil pemilihan dan sesi temuduga menerusi emel anda.
● Bagi calon yang berjaya mendapat pembiayaan pendidikan Tunas Potensi akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan emel secara berperingkat
bermula bulan April sehingga Julai.
● Calon yang tidak menerima sebarang makluman selepas 6 bulan tarikh
temuduga adalah dianggap tidak berjaya dalan program ini. Pihak Yayasan Peneraju berhak menukarkan pelajar untuk ke program lain yang bersesuaian selepas tempoh tersebut.
Untuk sebarang keterangan lanjut pemohon boleh hubungi di talian 03- 27279002/ 9016 atau email kepada ptp@yayasanpeneraju.com.my.
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju bagi program Peneraju Tunas Potensi 2018/ 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.
0 comments:
Post a Comment