Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018/ 2019 Online. Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018/ 2019 secara online di portal rasmi. Permohonan biasiswa ini akan ditutup pada 30 Jun 2018 dan dikhususkan dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa bagi program perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan sebagainya.
OCBC Bank menawarkan biasiswa kepada pelajar yang bakal atau telah melanjutkan pengajian di universiti awam atau IPTS tempatan. Pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini akan menjalani latihan industri dan mengikat bon pekerjaan bersama dengan OCBC Bank selepas tamat pengajian.
Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah, sekiranya berminat untuk memohon :
1. Warganegara Malaysia
2. Minimum 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau 5A dalam Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
3. Minimum 2A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); atau 2A dalam GCE A-Level
4. Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) sebanyak 3.50 dalam Pengajian Matrikulasi / Asasi
5. PNGK minimum 3.50 untuk pelajar tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian
6. Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, masyarakat dan kelab di sekolah / universiti
7. Mempunyai keperibadian dinamik dengan komunikasi yang sangat baik dan kemahiran berfikir kritis
8. Tidak menerima sebarang biasiswa atau anugerah lain dari mana-mana organisasi dan / atau institusi lain
9. Pendapatan isi rumah keluarga kurang daripada RM 5,000 sebulan
10. Telah menerima tawaran kemasukan ke UA/IPTS atau sedang mengemukakan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan akademik dan lain-lain yang diletakkan oleh OCBC Bank atau sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama di UA/IPTS tempatan.
11. Biasiswa ini ditawarkan sehinggalah tempoh minimum yang diperlukan untuk menyelesaikan kursus sehingga memperoleh ijazah pertama. Namun ianya tertakluk kepada prestasi akademik yang konsisten dan cemerlang. Jika tidak biasiswa kemungkinan akan ditarik balik.
Bon ikatan
Semua pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini dikehendaki bekerja di OCBC Bank selepas menamatkan pengajian. Walau bagaimanapun, jika atas sebab tertentu, pihak bank memutuskan untuk tidak menawarkan pekerjaan kepada penerima biasiswa, pelajar tidak akan terikat dan tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang telah diberikan.
Bidang Pengajian
○ Perakaunan dan Kewangan
○ Ekonomi
○ Pentadbiran perniagaan
○ Seni dan Sains Sosial
○ Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ○ Matematik dan Statistik
○ Sains Aktuari
○ Kejuruteraan
○ Undang-undang
1. Bagi pemohon yang berkelayakan perlu mengisi borang biasiswa OCBC Bank 2018 secara online dengan muat turun borang menerusi pautan disediakan. Pemohon pastikan semua dokumen yang diperlukan dikemukakan bersama. Untuk dapatkan senarai semak dokumen yang wajib disertakan, sila KLIK DISINI
2. Setelah borang lengkap diisi, sila hantarkan borang permohonan, esei dan dokumen sokongan (seperti yang disenaraikan dalam senarai semakan biasiswa) kepada OCBC Bank sebelum atau pada 30 Jun 2018 (tarikh tutup setiap tahun) ke alamat di bawah:
OCBC Public Scholarship MALAYSIA
Talent Management
Human Resources
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
5th Floor, Wisma Lee Rubber, 1 Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga
Selamat membuat Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018/ 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018/ 2019 Online
Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Syarat Kelayakan Biasiswa OCBC Bank 2018/ 2019
Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah, sekiranya berminat untuk memohon :
1. Warganegara Malaysia
2. Minimum 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau 5A dalam Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
3. Minimum 2A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); atau 2A dalam GCE A-Level
4. Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) sebanyak 3.50 dalam Pengajian Matrikulasi / Asasi
5. PNGK minimum 3.50 untuk pelajar tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian
6. Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, masyarakat dan kelab di sekolah / universiti
7. Mempunyai keperibadian dinamik dengan komunikasi yang sangat baik dan kemahiran berfikir kritis
8. Tidak menerima sebarang biasiswa atau anugerah lain dari mana-mana organisasi dan / atau institusi lain
9. Pendapatan isi rumah keluarga kurang daripada RM 5,000 sebulan
10. Telah menerima tawaran kemasukan ke UA/IPTS atau sedang mengemukakan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan akademik dan lain-lain yang diletakkan oleh OCBC Bank atau sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama di UA/IPTS tempatan.
11. Biasiswa ini ditawarkan sehinggalah tempoh minimum yang diperlukan untuk menyelesaikan kursus sehingga memperoleh ijazah pertama. Namun ianya tertakluk kepada prestasi akademik yang konsisten dan cemerlang. Jika tidak biasiswa kemungkinan akan ditarik balik.
Bon ikatan
Semua pemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini dikehendaki bekerja di OCBC Bank selepas menamatkan pengajian. Walau bagaimanapun, jika atas sebab tertentu, pihak bank memutuskan untuk tidak menawarkan pekerjaan kepada penerima biasiswa, pelajar tidak akan terikat dan tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang telah diberikan.
Bidang Pengajian
○ Perakaunan dan Kewangan
○ Ekonomi
○ Pentadbiran perniagaan
○ Seni dan Sains Sosial
○ Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ○ Matematik dan Statistik
○ Sains Aktuari
○ Kejuruteraan
○ Undang-undang
Cara Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018/ 2019 Online
1. Bagi pemohon yang berkelayakan perlu mengisi borang biasiswa OCBC Bank 2018 secara online dengan muat turun borang menerusi pautan disediakan. Pemohon pastikan semua dokumen yang diperlukan dikemukakan bersama. Untuk dapatkan senarai semak dokumen yang wajib disertakan, sila KLIK DISINI
2. Setelah borang lengkap diisi, sila hantarkan borang permohonan, esei dan dokumen sokongan (seperti yang disenaraikan dalam senarai semakan biasiswa) kepada OCBC Bank sebelum atau pada 30 Jun 2018 (tarikh tutup setiap tahun) ke alamat di bawah:
OCBC Public Scholarship MALAYSIA
Talent Management
Human Resources
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
5th Floor, Wisma Lee Rubber, 1 Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga
Selamat membuat Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2018/ 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.
0 comments:
Post a Comment