Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2018/ 2019 Online. Adakah anda pelajar lepasan SPM yang sedang mengikuti pengajian bertaraf Diploma atau Ijazah Sarjana Muda? Berita baik buat anda khususnya anak jati Selangor dimana bagi yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2018 secara online di portal TKWBNS. Permohonan ini dikhususkan dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perbankan Islam ke Universiti di Mesir dan Jordan sesi 2018/2019.
Untuk pengetahuan, Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor merupakan satu program biasiswa di bawah tajaan Kerajaan Negeri Selangor yang dikelolakan oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Selain biasiswa ini, kerajaan Negeri Selangor turut menawarkan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor, Program Khas Peduli Siswa, Program Khas Biasiswa Selangorku dan banyak lagi.
Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2018 Online termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
○ Senarai Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor 2018
A. SYARAT AM
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.
B. SYARAT KHUSUS
MESIR (PENGAJIAN ISLAM/BAHASA) ARAB - STAM (2017)
○ Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM.
○ Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris SERTA sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
○ Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
MESIR (TAKHASUS QIRAAT) - DIPLOMA (2017 ke atas)
○ Memiliki sekurang-kurangnya CGPA 2.5 dalam Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh JPA dan Maahad Qiraat Syubra atau Maahad Lilbanat Mansurah.
○ Menggunakan keputusan semester 5 jika belum mendapat transkrip penuh akademik dengan memiliki sekurang-kurangnya CGPA 2.5 Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh JPA dan Maahad Qiraat Syubra atau Maahad Lilbanat Mansurah.
○ Kepujian dalam SPM bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, Pengajian al-Quran dan as-Sunnah bagi sekolah aliran agama.
- Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi bagi sekolah aliran biasa.
MESIR (ULUM ISLAMIAH) - SPM (2017)
○ Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kepujian sekurang-kurangnya Gred B bagi semua mata pelajaran yang diambil.
○ Sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah.
○ Sekurang-kurangnya memperolehi kepujian bagi mata pelajaran selebihnya ;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Tahfiz al-Quran (SKTQ) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) atau yang setaraf dengannya.
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
JORDAN (PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB / PERBANKAN ISLAM) - SPM (2017)
○ Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah.
○ Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
○ Bagi Perbankan Islam sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Akaun, Matematik Tambahan dan Matematik.
○ Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz AlQuran ( SMATQ ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah.
○ Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
1. Borang permohonan boleh didapati bermula pada 25 Januari 2018 dengan hanya memuat turun daripada laman web berikut:
a) www.zakatselangor.com.my
b) pendidikan.jais.gov.my
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Unit Pengajian Tinggi,
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid,
Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
3. Tarikh tutup permohonan:
a) STAM - 9 Februari 2018 (Jumaat)
b) SPM - 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan.
4. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
5. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2018/2019 sahaja akan diproses.
6. Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga.
7. Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi ditalian:
a) Unit Pengajian Tinggi , Jabatan Agama Islam Selangor- 03 55143576
b) Urus setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) – 03 55447484/03 55212275
c) Talian Zakat Selangor – 1300 88 4343
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2018/ 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini.

Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2018/ 2019 Online
Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2018 Online termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
○ Senarai Biasiswa Pemboleh Ubah Pendidikan Negeri Selangor 2018
Syarat Kelayakan Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor
A. SYARAT AM
Pemohon mestilah terdiri dari Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
1. Pemohon, ibu dan bapa Warganegara Malaysia.
2. Pemohon lahir di Negeri Selangor; ATAU Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU Pemohon telah bermastautin lebih dari tiga (3) tahun di Negeri Selangor.
B. SYARAT KHUSUS
MESIR (PENGAJIAN ISLAM/BAHASA) ARAB - STAM (2017)
○ Memperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM.
○ Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris SERTA sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
○ Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
MESIR (TAKHASUS QIRAAT) - DIPLOMA (2017 ke atas)
○ Memiliki sekurang-kurangnya CGPA 2.5 dalam Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh JPA dan Maahad Qiraat Syubra atau Maahad Lilbanat Mansurah.
○ Menggunakan keputusan semester 5 jika belum mendapat transkrip penuh akademik dengan memiliki sekurang-kurangnya CGPA 2.5 Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari Darul Quran JAKIM atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh JPA dan Maahad Qiraat Syubra atau Maahad Lilbanat Mansurah.
○ Kepujian dalam SPM bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, Pengajian al-Quran dan as-Sunnah bagi sekolah aliran agama.
- Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi bagi sekolah aliran biasa.
MESIR (ULUM ISLAMIAH) - SPM (2017)
○ Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kepujian sekurang-kurangnya Gred B bagi semua mata pelajaran yang diambil.
○ Sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah.
○ Sekurang-kurangnya memperolehi kepujian bagi mata pelajaran selebihnya ;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Tahfiz al-Quran (SKTQ) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) atau yang setaraf dengannya.
- Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
JORDAN (PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB / PERBANKAN ISLAM) - SPM (2017)
○ Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A-, bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah.
○ Sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.
○ Bagi Perbankan Islam sekurang-kurangnya Gred A- dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Akaun, Matematik Tambahan dan Matematik.
○ Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz AlQuran ( SMATQ ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah.
○ Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.
Cara Permohonan Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor 2018/ 2019 Online
1. Borang permohonan boleh didapati bermula pada 25 Januari 2018 dengan hanya memuat turun daripada laman web berikut:
a) www.zakatselangor.com.my
b) pendidikan.jais.gov.my
2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh pegawai Kumpulan A hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Unit Pengajian Tinggi,
Bahagian Pendidikan Islam,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 3, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid,
Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
3. Tarikh tutup permohonan:
a) STAM - 9 Februari 2018 (Jumaat)
b) SPM - 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan.
4. Pemohon dibenarkan membuat permohonan bagi satu (1) negara dan satu (1) bidang sahaja.
5. Pemohon yang menggunakan borang permohonan Tawaran Biasiswa Khas Dato` Menteri Besar Selangor dan Dermasiswa Zakat (MAIS) sesi 2018/2019 sahaja akan diproses.
6. Pemohon yang telah berjaya dalam sesi pemilihan akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga.
7. Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi ditalian:
a) Unit Pengajian Tinggi , Jabatan Agama Islam Selangor- 03 55143576
b) Urus setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) – 03 55447484/03 55212275
c) Talian Zakat Selangor – 1300 88 4343
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor 2018/ 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini.
0 comments:
Post a Comment