Biasiswa MyBrainSc KPT 2018/ 2019

Biasiswa MyBrainSc KPT 2018/ 2019 | Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda dipelawa membuat permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2018 secara online di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan biasiswa ini telah dibuka bermula daripada 2 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018.

Biasiswa MyBrainSc KPT

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA). Ia merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Biasiswa MyBrainSc KPT 2018/ 2019


Berikut dikongsikan adalahadalah maklumat tentang Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :

BIDANG PENGAJIAN

Hanya 4 bidang pengajian yang ditawarkan di bawah Biasiswa MyBrainSc KPT:

● Fizik
● Biologi
● Kimia
● Matematik

Cara Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2018/ 2019 Online


1. Permohonan dibuka setahun sekali bermula pada 2 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018
2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPT di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/login.php.
3. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
4. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
6. Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan. (https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/doc/PanduanMenggunakanPengimbas.pdf).
7. Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF (https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/doc/Panduan.pdf).
8. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawal / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
9. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

A. Permohonan peringkat Ijazah Sarjana Muda:
○ Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
○ Gambar berukuran passport
○ Slip Keputusan SPM
○ Transkrip penuh Asasi/ Matrikulasi/ STPM/IB/ A-level/ Diploma/ SAT
○ Surat Tawaran Universiti (jika ada)

B. Permohonan peringkat Master :
○ Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
○ Gambar berukuran passport
○ Slip Keputusan SPM
○ Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
○ Rancangan penyelidikan
○ Surat Tawaran Universiti (jika ada)

C. Permohonan peringkat PhD :
○ Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
○ Gambar berukuran passport
○ Slip Keputusan SPM
○ Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
○ Transkrip penuh Master
○ Rancangan penyelidikan
○ Surat Tawaran Universiti (jika ada)

KAEDAH PEMILIHAN

1. Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen.
2. Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik.
3. Pemilihan bersama dengan agensi penaja lain seperti JPA, MARA dan lain-lain.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Alamat:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Phone: 0388706000

Selamat membuat Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2018 secara online. Semoga berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan kerajaan ini.

Biasiswa MyBrainSc KPT 2018/ 2019

Artikel Pinjaman Biasiswa Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top